Jumat, 31 Januari 2014

Isu pistol Khairy kecewa keselamatan dikompromi

Khairy Jamaluddin

SUSULAN penemuan pistol pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Ahad lepas, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan jawatankuasa keselamatan pertandingan tersebut.
   
Beliau yang terperanjat dengan laporan berkaitan penemuan pistol itu, berkata perkara itu amat serius dan menunjukkan kelemahan pihak penganjur.
   
"Jika pistol itu sudah ada sebelum pertandingan, maknanya jawatankuasa keselamatan tidak teliti dalam memeriksa kawasan stadium termasuk tandas, jika didapati selepas penonton masuk, maksudnya jawatankuasa gagal memeriksa setiap penonton yang masuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, di sini.
   
Beliau bagaimanapun mengakui perlu menunggu dahulu tinjauan siasatan pihak polis.
   
Pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan itu, polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas stadium berkenaan.

Pihak polis kini masih dalam usaha mencari pemilik pistol itu dan mengenal pasti motif senjata itu ditinggalkan di kawasan stadium.
   
Selain itu, Khairy berkata sistem penjualan tiket sedia ada sudah lapuk dan sepatutnya digantikan dengan sistem baharu iaitu secara online.
   
Beliau yang diminta mengulas mengenai kebanjiran tiket palsu pada perlawanan itu berkata sistem penjualan yang dikendalikan FAM ternyata saban tahun gagal membanteras aktiviti ulat tiket.
   
"Jika FAM tidak boleh handle penjualan tiket, KBS boleh syorkan prosedur yang baharu," katanya.
   
Dalam pada itu Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dihubungi Bernama berkata beliau masih belum mempunyai maklumat lengkap mengenai kejadian tersebut dan enggan mengulas lanjut. - Bernama

Kamis, 30 Januari 2014

Fakta Menarik Seputar Guns N Roses



Sekilas :
Guns N Roses menjadi band rock terbesar di dunia pada tahun 1991-1992 saat double album mereka “Use Your Illusion” meledak di pasaran. Dengan formasinya saat itu Axl Rose (vocal),Slash (gitar),Izzy Stradlin (gitar), Duff Mckagan (Bass), Dizzy Reed (Keyboard), dan Matt Sorum (Drum). Pada tengah malam 17 September 1991 GNR menjadi band terhebat di dunia.
Ratusan toko dibuka sampai pagi untuk menjual album Use Your Illusion yang terdiri dari dua album. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, kedua album itu berada di peringkat pertama dan kedua album terlaris versi Billboard di AS. Namun kebesaran dan kesuksesan GNR pada masa itu tidak serta merta menjadikan personel mereka lebih solid.

Yang terjadi adalah ketika Izzy Stradlin secara mengejutkan mengundurkan diri dari GNR di pertengahan konser keliling dunia album Use Your Illusions (Use Your Illusion World Tours). Izzy digantikan oleh Gilby Clarke di pertengahan konser keliling dunia.

Dapat dilihat pula dalam video klip “Don’t Cry”, di klip itu terselip gambar ketika salah seorang fans menempelkan sebuah tulisan di punggungnya “Where’s Izzy???”. Atau kejadian lainnya saat menjelang konser di Tokyo, ada poster juga bertuliskan “Who’s Gilby??” Membuktikan bahwa fans GNR sangat kehilangan sosok Izzy.

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai Guns N Roses


1. Appetite For Destruction dirilis pada Juli 1987 namun tidak langsung masuk dalam chart Billboard Top 100 selama 10 bulan! Kemudian setelah itu dengan cepat melejit menjadi nomer # 1 album terlaris sampai tahun 1989.

2. Nama asli Axl Rose adalah Bill Bailey, tapi secara hukum berubah menjadi William Axl Rose ketika dia menandatangani kontrak dengan Geffen Records. Sehingga ejaan namanya menjadi W.A.R.

3. Izzy Stradlin pertama kali bertemu Axl Rose di sekolah SMP di Lafayette, Indiana.

4. GN’R mendapat pengaruh musik awal mereka dari Rolling Stones, Sex Pistols, dan Aerosmith.

5. Axl masuk ke dalam penjara setidaknya 20 kali di Indiana.

6. Axl mulai menyanyi di gereja pada usia lima tahun, dan kemudian bahkan mengajar Sekolah Minggu, dia adalah seorang yang religius.

7. Slash, yang nama aslinya adalah Saul Hudson, lahir dan tumbuh di Inggris.  Kedua orang tuanya hidup dalam lingkungan Rock N’ Roll, Ayahnya adalah seorang Inggris kulit putih, berprofesi sebagai perancang grafis yang merancang sampul album untuk piringan hitam “Court And Spark” karya Joni Mitchel. Ibunya seorang wanita kulit hitam Amerika, perancang berbagai pakaian yang dikenakan oleh David Bowie yang dipakai dalam film “The Man Who Fell To Earth” pada 1975. Slash merupakan satu-satunya anggota GNR yang lahir dalam keluarga Rock N’ Roll.
 
slash bersama ayah dan ibunya

8. Meskipun mereka dianggap sebagai band LA, tidak ada anggota yang lahir di sana.

9. Duff adalah seorang yang berasal dari Seattle dan bermain band punk di klub-klub daerah sana.

10. Steven Adler adalah satu-satunya Gunner yang menggunakan nama aslinya, dan dia belajar drum secara otodidak

11. Guns n ‘Roses pernah menjadi band pembuka untuk band-band seperti Motley Crüe, The Cult, Aerosmith, David Lee Roth, dan YES, bahkan untuk Stryper!

12. Pada waktu kecil Axl suka mendengarkan rekaman dari Elvis dan Jimmy Swaggart



Nama Guns n Roses sebenarnya adalah gabungan dari dua grup, yaitu LA Guns miliknya Tracii Guns dan Hollywood Roses punya Axl Rose, juga gabungan nama kedua pendirinya (Tracii Guns dan Axl Rose) Slash mulai belajar gitar umur 14 tahun. Gitar pertamanya selalu dikenangnya dengan sebutan "sepotong kayu yang ada dawainya"

Salah satu gitarnya Slash yang merk Gibson dianggap sebagai gitar paling unik sedunia yang hanya Slash yang bisa memainkannya. Gibson pernah membuat replika gitar ini tapi tidak pernah bertinjauan menemukan tune yang mirip (seperti legenda Biola Stradivarius nih gitar) Mana Axl Rose kalau dianagram bisa membentuk kata "Oral Sex"

Slash di sebut dengan nama itu karena masa kecilnya bandel banget Nama Asli Izzy Stradlin adalah Jeff Isabelle Duff nama aslinya Michael McKagan, dia gabung dengan GNR karena perkenalannya dengan Slash dan salah sangka menganggap GNR adalah grup musik Punk. Axl emang pemabuk kelas kakap, tapi paling benci narkoba. Steven Adler dipecat sama doi karena kecanduan kokain. Axl juga pembenci kaum Gay  


Berikut Formasi terbaru GNR
  • W. Axl Rose – lead vocals
  • Dizzy Reed – keyboards, piano, percussion, backing vocals
  • Tommy Stinson – bass, backing vocals
  • Chris Pitman – keyboards, backing vocals
  • Richard Fortus – rhythm guitar
  • Ron "Bumblefoot" Thal – lead guitar
  • Frank Ferrer – drums
  • DJ Ashba – lead guitar




sumber 

Rabu, 01 Januari 2014

CEMBURU KRONIK SEORANG SUAMI

pix_topright

 myMetro  9 Feb 2013

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.

“Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

“Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid,” katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.

Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.

“Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.
“Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas,” katanya.

Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.
“Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. “Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.

Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan ‘pemeriksaan’. “Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bul
an,” katanya.

Pelajar Nyaris Maut Leher Tertusuk Buluh

Berpantang ajal sebelum maut. Itu gambaran dialami seorang remaja yang tertusuk serpihan buluh bendera parti pada lehernya dalam kejadian di Kampung Mak Makyong, Kota Bharu, Selasa lalu.


Insiden berlaku pada jam 8 malam ketika Muhamad Arif Fikri Rosli, 14, menunggang motosikal bersama seorang rakannya, melalui sebuah jambatan kecil.
Ibu mangsa, Rohana Yusof, 58, berkata, Muhamad Arif sebelum itu meminta izin ke pos parti berdekatan untuk makan malam, bagaimanapun begitu ketika melalui jambatan itu, serpihan buluh bendera yang patah tertusuk pada lehernya.
“Keadaan jalan ketika itu gelap dan dia tidak nampak buluh tersebut lalu melanggarnya sebelum memberhentikan motosikal.
“Muhamad Arif dibantu penduduk kampung dan dihantar ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana pendarahan yang banyak.” katanya.
Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa anak kelima daripada enam beradik itu ketika berada di surau berhampiran dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Saya tidak sempat jumpa Muhamad Arif kerana sudah dibawa ke hospital, bagaimanapun saya bersyukur kecederaan dialami tidak serius dan tusukan buluh itu hanya kena pada kulit dan isinya sahaja. Sikit lagi nak kena pada urat lehernya.
“Syukur alhamdulillah, anak saya selamat walaupun menerima hampir 20 jahitan. Dia sudah boleh makan dan bercakap perlahan-lahan selain dibenarkan pulang hari ini (semalam).,” katanya. SUMBER

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Kontak Blog