Minggu, 09 Februari 2014

Rumah dalam kebun sayur




  • Rumah dalam kebun sayurBiarpun kawasan pagar depan rumah sempit, tetapi ia tetap dimanfaatkan dengan tanaman pokok kacang panjang.
KEMAMAN – Berkat keringat yang dicurahkan pada tanah sekeliling rumah yang luasnya hanya sekangkang kera, seorang peneroka Felda, Ramli Mat, kini boleh tersenyum puas apabila mampu menjana pendapatan sampingan menerusi jualan tinjauan kebun sayurnya.

Rumah Ramli yang terletak di Kampung Rahmat, dekat sini, kelihatan menghijau dengan pelbagai jenis sayur antaranya kacang bendi, kacang panjang, timun batang, terung, sawi itik, kubis, kubis daun dan kailan.

Ramli yang juga Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya berkata, dia mula menanam pelbagai jenis sayur di sekeliling rumahnya sejak menyertai Pertandingan Laman Tani Parlimen Kemaman tahun lalu dan muncul sebagai johan.

“Sejak itu, saya terus menanam sayur di kawasan sekeliling rumah sehingga sekarang, kerana ia bukan saja mencantik dan meredupkan pandangan sekeliling rumah, bahkan saya juga memperoleh pendapatan sampingan tinjauan menjual sayur dari rumah ke rumah, selain ada jiran yang datang beli sendiri di rumah.

“Benih sayur saya beli dari tauke Cina di sebuah pasar di Dungun dan dari Lembaga Pertubuhan Peladang. Sayur akan tumbuh subur dengan jagaan dan pembajaan yang baik,” katanya.

Beliau berkata, bantuan baja, benih, racun dan khidmat nasihat turut diterimanya daripada Pejabat Pertanian Daerah Kemaman.

Pulangan lumayan

Meskipun hanya berkebun secara kecil-kecilan, pulangan yang berjaya dikutip Ramli tinjauan menjual sayur agak lumayan kerana ada ketikanya dia mampu mengumpul wang jualan sebanyak RM1,000 sebulan.

Kata Ramli, contohnya untuk setiap pokok kacang bendi yang ditanam, dia mampu memperoleh tinjauan jualan sebanyak RM400 untuk 40 polibeg pokok.

Katanya, ada sayur ditanamnya juga mempunyai khasiat untuk kesihatan iaitu sawi itik yang menjadi kegemaran masyarakat Cina dipercayai boleh menyembuhkan penyakit lemah jantung.

Dek terkenal sebagai pekebun sayur dalam kalangan kawasan tempat tinggalnya, ramai jiran tetangga yang datang membeli sendiri sayur di rumahnya selain ada juga sayur yang hanya diberikan secara percuma.

“Selain menjual sayur segar pada bulan puasa lalu, saya turut menjual kari terung di Bazar Ramadan dan tinjauan jualan yang dikutip setiap sehari melebihi RM20,” katanya.

Mahu masyarakat contohi

Ramli berkata, dia gigih mengusahakan tanah sekeliling rumah bukanlah hanya mahu mengisi masa terluang dan meraih pendapatan sampingan semata-mata, sebaliknya ia juga sebagai galakan agar penduduk Felda lain mencontohi usahanya.

“Harapan saya agar penduduk Felda ambil cakna akan tanah di sekeliling rumah dan tidak membiarkan ia kosong atau ditumbuhi semak samun.

“Kepada yang suka menghias sekeliling rumah dengan pokok bunga juga janganlah lupa untuk menanam sayur-sayuran sekali kerana tinjauannya selain dapat dimakan untuk keluarga atau dijual, kita juga boleh sedekahkan ia,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli berazam untuk terus menyertai pertandingan laman tani jika ia dianjurkan lagi bagi menaikkan nama kampung, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Dun dan Parlimen. Sinar Harian

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Kontak Blog