Selasa, 04 Maret 2014

Sampah Sarap Menuju Amerika Syarikat


NEW YORK –Amerika Syarikat kini berdepan dengan segerombolan sampah sarap sebesar saiz Texas, yang hanyut dari Jepun selepas negara tersebut mengalami bencana tsunami pada 2011.

Ia dianggarkan seberat satu juta tan dan turut mengandungi serpihan rumah, bot dan motosikal.
Sampah tersebut dilaporkan sedang menuju ke bahagian pantai barat negara tersebut.

Keadaan ini membimbangkan saintis kerana dijangkakan lebih banyak serpihan akibat tsunami itu akan tiba di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Selepas tsunami melanda Jepun pada bulan Mac 2011 itu, sebanyak 70 peratus daripada serpihan sampah sarap berkenaan telah tenggelam di pesisir pantai Jepun.

Namun pada bulan April lalu, sebuah bot telah ditemui di Crescent City, di California dan selepas siasatan dijalankan, ia didapati bot milik Sekolah Tinggi Takata yang digunakan dalam program sainsnya.

Sementara lebih 1,600 serpihan sampah sarap susulan tsunami itu telah dikenal pasti selepas hanyut.
Antara barangan yang ditemui ialah bot kecil, motosikal dan sebiji bola, yang masih mempunyai nama pemiliknya.

Apa yang membimbangkan ialah sama ada serpihan itu mengandungi bahan radioaktif selepas loji tenaga nuclear di Fukushima telah bocor akibat gempa bumi dan tsunami berkenaan.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Kontak Blog